I was doing my research fieldwork around the Bangi area in late November 2011, when I suddenly stumbled into a stray pregnant female cat. I was instantly attracted to her unique appearance, her face looked like a sad mime or harlequin. When i tried to approach her, she scuttled away. I saw something weird about the way she ran away, it was only then I realized that she has 1 missing hand, and the wound was still bloody & raw. Feeling sympathy for this 3-legged cat, I proceeded to feed & check on her for the next 2 days and nights. On the 3rd day, I successfully captured her & immediately brought her to the vet for treatment. This is her story..and mine. A story about Harlie, the 3-legged cat.

Wednesday, November 30, 2011

Terima kasih kepada penderma-penderma baru ~ Thanks very much to our new donors!

29/11/11

Alhamdulillah, setakat hari ini (29/11), saya telah menerima sumbangan daripada 3 lagi penderma baru, iaitu:

a) Aziela Eisya
b) Izyan Izzati
c) Suhaimi bin Shafie

Terima kasih yg amat-amat tinggi saya ucapkan kepada mereka, semoga Allah SWT membalas jasa baik mu kelak, insyaAllah.

Jadi, kini jumlah sumbangan yang telah kami terima untuk Harlie adalah:


Jumlah diterima setakat 29/11/11 = RM958

Jumlah yang dibayar kepada vet setakat 29/11/11 = RM55 (antibiotic & spray Spot-On di Everise Vet Clinic) + RM200 (Deposit to Honey Vet Clinic, 24/11/11) + RM220 (2nd payment to Honey Vet Clinic, 29/11) = RM475

Baki sumbangan yang masih belum digunapakai setakat 29/11/11 = RM483

Kos rawatan Harlie kini dianggarkan meningkat kepada RM1315. Ini disebabkan oleh operation kecemasan yang telah dilakukan keatasnya tempoh hari adalah agak mahal, kerana ubat bius digunakan adalah banyak, jangkamasa yang panjang, etc etc. 

Jumlah RM1315 tersebut adalah anggaran kos rawatan Harlie sehingga 4/12/11, termasuk boarding, ubat2 & makanan untuknya. Selepas tarikh tersebut, jika didapati Harlie perlu tinggal lagi di wad Honey Vet Clinic (disebabkan luka & jahitannya belum sembuh, etc), kosnya adalah sebanyak RM20/hari. Harap-harap Harlie cepat sihat & boleh discharged pada tarikh 4/12/11 tu. 

Dan saya harap akan tampil lagi penderma-penderma yang baik hati hendak menderma ikhlas untuk tabung rawatan Harlie, sebab sekarang ni kami masih kesuntukan RM357 lagi. Ameen.

Di bawah ni saya attachkan gambar-gambar quotation rawatan Harlie & resit-resit bayaran yang telah dibuat kepada Dr Joe & Dr Nurul yang sangat2 excellent di Honey Vet Clinic tu:

Ni ialah quotation anggaran kos rawatan Harlie sehingga 4/12/11. Jumlah kesemuanya ialah RM1315. Note kos operation pemotongan tangan kanan Harlie sahaja berharga RM200, manakala kos operation mengeluarkan rahim & anak-anaknya yang telah mati pula RM300.


Ni ialah resit bayaran kos rawatan Harlie setakat ni daripada klinik Honey Vet, iaitu bayaran deposit pertama pada 24/11 berjumlah RM200 diikuti oleh bayaran kedua pada 29/11 berjumlah RM220


Yang ni pula resit daripada klinik vet di Kajang iaitu klinik kedua yang saya bawak Harlie... sebelum saya bawa dia ke Honey Vet Clinic. Kat sini, Harlie telah diberi injection antibiotik & spray Frontline Spot-On anti-kutu, jumlah bayarannya pula RM55.

Lepas ni insyaAllah saya akan tulis satu post baru, tentang keadaan Harlie sewaktu saya & isteri melawat dia petang tadi di Honey Vet Clinic. So stay tuned :)

No comments:

Post a Comment