I was doing my research fieldwork around the Bangi area in late November 2011, when I suddenly stumbled into a stray pregnant female cat. I was instantly attracted to her unique appearance, her face looked like a sad mime or harlequin. When i tried to approach her, she scuttled away. I saw something weird about the way she ran away, it was only then I realized that she has 1 missing hand, and the wound was still bloody & raw. Feeling sympathy for this 3-legged cat, I proceeded to feed & check on her for the next 2 days and nights. On the 3rd day, I successfully captured her & immediately brought her to the vet for treatment. This is her story..and mine. A story about Harlie, the 3-legged cat.

Monday, November 28, 2011

Harlie Selepas Emergency Operation



27/11/11

Alhamdulillah, syukur sgt2 Harlie selamat menjalani operation emergency tu malam tadi.. Jam 11am pagi arini tadi, saya dapat SMS daripada Dr Joe HVC yang saya dah boleh visit Harlie arini & yang dia sedang dalam proses recovery. Semalam, saya & isteri tak boleh tido, macam2 pikir & sangatlah risau pasal Harlie the whole night through.

Operation C-section emergency yg dibuat ke atas Harlie tu bertujuan untuk:

1) Mengeluarkan & kalau boleh menyelamatkan anak2 Harlie.
2) At the same time, neuter dia sekali.
3) Amputate lagi tangan kanan dia a bit higher up (mungkin pada paras bahu) supaya lepas ni dia takkan bertongkat lagi menggunakan tangan dia yg dah kudung tu. In the long term, this will be better for her sebab stump tu takkan cedera & luka lagi dah.

Menurut Dr Joe, operation Harlie semalam tu took place for 6 hours from 12am-6am. Kesian mereka, tak dapat tidur langsung semalaman. Saya betul2 hargai pengorbanan & usaha mereka utk selamatkan Harlie. Terima kasih Dr's!

Masa Dr Nurul bawak keluar Harlie dari ward utk jumpa kitorang (di dalam bakul comel Harlie, macam biasa, heheh), isteri saya burst into tears. Saya pun macam terkedu, tak tau nak cakap apa. Isteri saya thought she's already strong enough utk lihat keadaan Harlie sekarang ni (sbb anak bujang kami, Snow, selalu sakit2 teruk i.e severe ringworm, etc masa dia kecik2 dulu, sampai hilang bulu dia semua, kitorg sapu ubat everyday, lama tau nak heal)..tp ternyata tadi memang dia terkejut & tak prepare nak tengok Harlie camtu. 


Tangan Harlie yang berbalut untuk secure tiub IV line yang membekalkan air ke dalam badannya. Harlie dehydrated. 

Kenapa? Ni sebabnya (atau tengok je lah gambar kat atas tu)...a few days ago, saya & vet ada berbincang mengenai takat mana nak amputate (potong) lagi tangan Harlie yang cedera tu, jika perlu. I thought kalau jadi amputate lagi pun, akan dipotong sampai ke aras siku Harlie je, so saya pun dah set my mind masa lawat Harlie tadi untuk melihat tangan kanannya takde sampai ke takat siku. Tapi, rupa-rupanya tangan kanan Harlie dah dipotong habis, sampai ke aras bahu. There is nothing on the front right side of Harlie's body now :( Tapi, saya setuju & redha dengan keputusan vet ni sbb mereka dah ada prior experience dengan Capik, one of their own cats yang juga kehilangan tangan kanannya. Tangan kanan Capik dipotong sehingga ke siku sahaja, tp akibatnya masa nak recover & heal fully tu lama (sehingga 1 bulan), dan wound tu akan sentiasa wet & mungkin dapat infection lagi. Jadi dengan tangan kanan Harlie diamputate sampai ke aras bahu, complications macam infection tu dpt dielakkan..dan wound tu pun akan pulih dengan lebih cepat. InsyaAllah. Anything for dear Harlie, asalkan ia terbaik utk dirinya.

Turns out, babies kandungan Harlie memang betul2 dah takde. Anggaran vet mungkin dah 2-3 hari anak-anaknya tu dah mati dalam perut Harlie. Dr Nurul cakap, the nost probable cause of the babies dying in the womb ialah sebab Harlie mengalami severe infection daripada tangannya yang telah dipotong oleh manusia kejam tu. Kuman infection tu telah travel through her bloodstream to all the other parts of her body, including the womb :( Oleh sebab tulah anak2 Harlie mati dalam kandungan. Masa saya admit Harlie ke HVC pada 24/11/11, Dr Joe cakap dia masih dapat merasa pergerakan anak2 Harlie, tapi tu pun very very faint (slow). Semalam, langsung dah takde movement, tu yg diorang decide utk operate emergency on Harlie. Daripada saiz rahim Harlie yang telah dikeluarkan, kandungan Harlie sejumlah 4 ekor kittens :( Sayang mereka tak dapat melihat dunia.

Alhamdulillah, pada masa yang sama babies & rahim Harlie dikeluarkan, vet juga telah meneuter (spay) Harlie. Jadi lepas ni dia takkan mengandung lagi. Saya rasa ni pun yang terbaik, sbb camne Harlie nak jaga anak2nya & be a mommy sedangkan keadaan nya camni. Masa saya rescue dia hari tu pun, memang saya dah berniat nak neuter Harlie in the near future. Jadi dengan ni hajat saya tu dah tercapai.

Vet juga ada buat blood test on Harlie. Walaupun result nya masih belum diteliti 100%, tp apa yg dapat dirumuskan Harlie ada severe infection sbb her white blood cells banyak sgt2. Selain drpd tu, Harlie juga ada infection kat kidney dia. Glucose in the blood pun rendah. Jadi, malam ni Harlie akan makan bersuap...Dr Joe & Dr Nurul yg akan suap dia.

Selepas tu, kami ada berbincang ringkas dgn Dr Nurul. Beliau memberitahu bahawa from now on, Harlie sekarang perlu menjadi kucing 100% indoor only. Dia tak boleh dibiarkan keluar. Jadi, potential adopter perlu memastikan Harlie 100% indoor cat only & mempunyai persekitaran yang sesuai untuk memastikan dia tak dapat keluar. Kalau potential adopter tu stay di condo/apartment pun, banyak langkah2 safety perlu diambil to make sure Harlie tak jatuh daripada balcony, tingkap, etc...sebab sekarang ni kebolehannya dia melompat & mengimbangi diri sendiri adalah terbatas. Jadi saya & isteri akan screen any potential adopters dgn btol2 kelak to ensure they are the best for special Harlie. Maklumlah, sekarang Harlie ni dah dikategorikan sebagai a 'special needs' cat, atau kucing OKU. Kesian kan....

Tapi tadi saya tengok Capik lari laju sangat2, stabil pulak tu. Mungkin Harlie pun macam tu suatu hari nanti. Mungkin dia akan more or less normal one day, dan dia pun akan berlari selaju atau lebih laju drpd kucing yg berkaki empat. I hope so.

In short, keadaan Harlie untuk arini ialah dia dalam proses recovery drpd operation dia tu. So far dia more or less stabil tp dia masih belum nak makan sendiri. Kencing & berak pun belum lagi arini. So she's not totally out of the woods yet.Maybe dia sedih kot anak2 nye dah takde.. :( Or because she's in pain...

Saya berharap pembaca semua dapat mendoakan Harlie akan pulih 100% dengan cepat, a swift recovery for our special girl ni. Kemungkinan besar dia akan stay lagi di HVC untuk beberapa hari/minggu yang akan datang ni, supaya vet boleh monitor keadaan dia dengan betul. Apa sahaja untuk Harlie.

Nampak gayanye juga kos rawatan Harlie akan meningkat dengan banyak. Estimate kos sebelum emergency operation semalam was RM425 untuk rawatan & boarding Harlie selama 7 hari. Tp sebab dah buat amputation & emergency operation, anggaran saya jumlah kos semuanya nanti akan mungkin hampir mencecah RM1000, atau lebih. Jika ada sesiapa yang bermurah hati untuk memberi sumbangan lagi bagi membantu membiayai rawatan Harlie, ianya adalah amat saya alu-alukan. Sila lihat text tentang cara2 untuk menderma di sebelah kanan page ni (melalui CIMB Bank, Maybank atau PayPal). Segan saya buat camni, last time saya minta derma was masa sekolah rendah dulu...tp, like I said, anything for dear Harlie.

Tak sabar rasanya nak tunggu ari Selasa ni (29/11/11), nak lawat Harlie lagi. Tadi tengok dia sekejap je, rasa macam tak puas. Masa pembantu klinik HVC tu ambik Harlie dari kami & bawak dia masuk balik dalam wad, saya tengok Harlie seolah2 macam dia panik, macam dia cuba nak tengok kami kat mana. Sedih.



Pray for Harlie, please. And pray supaya takde lagi kucing2 lain yg akan alami benda traumatik & seksaan sama seperti Harlie.

Walaupun ianya agak susah & memenatkan, saya & isteri saya amatlah bersyukur kerana kami telah diberi peluang untuk menyelamatkan Harlie. Cuba bayangkan jika Harlie masih lagi seekor stray yg pregnant..dia akan menanggung kesakitan kecederaan tangannya seorang diri. Dan kandungannya yang telah mati akan mereput didalam rahimnya dan bertukar menjadi toksin. She probably would die a very slow, painful & lonely death. 



5 comments:

  1. menitik air mata baca entry ni. kenapa la manusia sezalim itu. kalau nak marah cats pun halau je la..habis kuat amik rotan ketuk2 lantai dah la. kenapa sampai perlu potong mana2 bahagian tangan dia.
    i really wish nak bela harlie but my condition right now memang tak dapat. its not about amount of the cats yg kitaorg dah ada (currently ada 8 ekor) but we just move to this housing area. im quite sure some of the neighbors tak brape suka cats. before this area rumah lama we all at P10, Putrajaya mmg tak de masalah about space. ni dah pindah ke kajang and ada jiran kiri kanan..i do really hope harlie akan dijaga dengan sebaiknya..inshaAllah

    -anna che moin-

    ReplyDelete
  2. thanks for saving Harlie! Allah je la yang boleh balas jasa baik awak.. Sy donate apa yang sy mampu.. will be keeping an eye on harlie's development :)

    ReplyDelete
  3. @Anna: Tulah pasal..I pun tak paham kenapa orang buat camtu, and camne diorang sampai hati buat camtu kat kucing. Mungkin sebab dia kecik & remeh je, mungkin dulu Harlie ni ada curi ikan kat dapur orang, pastu sebagai balasan ditangkapnya & dipotong tangannya. Ish...saya baca pun dah rasa marah. Tak logik & tak berhati perut langsung! Btol awak cakap tu Anna, kalau marah sgt pun halau je dah cukupla.

    It's ok, I understand your situation now..some of my neighbours pun tak brape suka cats I think. Tp tu tak menjadi masalah sgt, sbb Harlie lepas ni pun memang kena jadi indoor cat 100%, tak boleh kluar umah langsung. U stay Kajang area mana?

    ReplyDelete
  4. @Aisyah: Terima kasih Aisyah, saya rasa saya ada terima sumbangan drpd awak tadi..kan? Thanks for your donation ya, me & Harlie really2 appreciate it! I'll keep Harlie's condition & story updated here daily, insyaAllah.

    ReplyDelete
  5. actually i wudnt mind to let cats playing inside the house but since mom tak brape suka cat but dad the other way round so cats mmg kat luar la. except once a while depa masuk dalam rumah & lepak2 ... tido kejap2 but bukan 100% indoor cat la. i baru je pindah ke sini, saujana impian, near the golf club. before this duduk kt putrajaya

    -anna che moin-

    ReplyDelete