I was doing my research fieldwork around the Bangi area in late November 2011, when I suddenly stumbled into a stray pregnant female cat. I was instantly attracted to her unique appearance, her face looked like a sad mime or harlequin. When i tried to approach her, she scuttled away. I saw something weird about the way she ran away, it was only then I realized that she has 1 missing hand, and the wound was still bloody & raw. Feeling sympathy for this 3-legged cat, I proceeded to feed & check on her for the next 2 days and nights. On the 3rd day, I successfully captured her & immediately brought her to the vet for treatment. This is her story..and mine. A story about Harlie, the 3-legged cat.

Wednesday, November 30, 2011

Update keadaan Harlie - 29/11/11 - Update on Harlie's condition

Salam semua.


Petang tadi saya & isteri telah pergi melawat Harlie sekitar jam 4.30pm di Honey Vet Clinic. Sampai sahaja di sana, kami dah tak sabar2 nak tengok Harlie, rindu kat dia. Almaklumlah, dah nak dekat 2 hari tak tengok dia. Kami kena tunggu sekitar 10 minit sambil Dr Joe ambik Harlie keluar dari cage di wad & bawak dia masuk ke consultation room. Yup, dalam bakul biru Harlie yang comel tulah, ape lagi :) 

Ni dia Harlie kita:


Besar kan mata dia? Pastu nampak tak jahitan kat tangan Harlie yang dah takde tu macam semakin baik & kering sikit? Aritu macam masih merah-merah lagi. Alhamdulillah syukur, kami diberitahu oleh Dr Joe & Dr Nurul yang kini Harlie semakin selera makan & minum, in fact diorang kata Harlie makan banyak sangat wet food & kibbles. Sian dia, mesti dia lapar. Minum pun ok, jadi dia dah tak dehydrated lagi. Kencing & berak dia pun dah kembali macam biasa. Alhamdulillah sekali lagi.

Dr Joe cakap Harlie ni rupa-rupanya macam garang skit, agak susah nak bagi dia makan ubat katanye. Mungkin dia garang tu sebab dia trauma dengan perbuatan manusia yang jahat kepada dia sebelum ni. Aritu, masa saya rescue dia (24hb Nov), actually Harlie ni dah gigit saya kat jari. Sampai berdarah digigitnya. Masa tu saya cuba nak pegang kepala dia sebab vet nak inject dia, tiba2 je terasa ada gigi sudah ngap saya punya jari telunjuk, haha. Malam tu jugak saya gi klinik manusia untuk ambik anti-tetanus shot, sekadar berjaga-jaga. Jadi daripada aritu pun saya dah tahu yang Harlie ni garang skit dgn orang, tp takpe, saya maafkan dia sebab saya rasa dia dalam ketakutan masa tu. 

In fact, yang dikatakan Harlie ni garang sekarang ni pun, saya rasa bukan dia garang sebenarnya, tapi dia lebih kepada ketakutan, jadi dia pun cuba la defend diri dia. Satu lagi, Dr Joe kata dia boleh tengok yang Harlie ni memang takut dengan orang. Kami keluarkan dia dari bakul dia kejap tadi, lepastu dia terus pegi menyorok dalam almari, hehe. Yelah, saya pun tak terkejut lah dia takut dengan orang..tengoklah apa orang lain yang jahat dah buat pada dia :( Mana dia tak takut dengan orang. Tapi, saya yakin bahawa selepas ni, apabila Harlie diberi kasih sayang, dia akan percaya sepenuhnya kepada tuannya & akan menyayangi & manja dengan tuannya sama macam kucing-kucing lain jugak. InsyaAllah.



Yang belah kiri tu is Harlie nye tangan kanan yang telah dipotong, yang belah kanan berdarah2 tu pulak is her rahim/ovari. Kandungan dia yang dah mati tu ada lagi dalam tu..ada 4 ekor :(

Ok..lepas tu Dr Joe bawak keluar tangan kanan Harlie yang telah dipotong & rahimnya yang telah dikeluarkan tu. Gambarnya seperti di atas. Tangan & rahim Harlie tu telah disimpan & dibekukan sebab mereka nak tunjuk kat saya. I have to admit, tadi saya rasa agak loya bila tengok kedua-duanya tu, agak ngeri. Saya pun tak pernah tengok benda camtu. Astaghfirullah, rasa macam nak pitam pun ada. Tapi isteri saya rilex, steady je amik2 gambar. Saya tak boleh, tengok kaki Harlie tu macam peha ayam pun ada..terus hilang selera :( Anyway, anak kandungan Harlie yang dah mati tu masih ada dalam rahim dia tu, ada 4 ekor. Kesian Harlie. Tadi dia macam angkat-angkat kepala sebab nak tengok tangan & ovari yang bekas kepunyaan dia ni... :( Sayu hati saya tengok.

Kemudian Dr Joe kasi Harlie makan ubat-ubatnya. Macam-macam, ada antibiotik, pain killer, vitamin B Complex, etc. Lepas tu saya minta Dr Joe tolong keluarkan Harlie dari bakulnya sekejap, sebab saya nak tengok camne gaya Harlie berdiri & berjalan dengan hanya 3 kakinya. Syukur alhamdulillah, nampak gayanya Harlie telah berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan barunya..dia boleh berdiri & berjalan dengan baik tadi. Berlari belum ada pelunag lagi, tapi saya yakin dia boleh lari kalau dia nak. Kat bawah ni gambar-gambar Harlie berdiri:



Harlie dah boleh berdiri & berjalan!

Demam & flu Harlie dah pulih 100%. Jahitan pada luka operation C-section nya akan dibuka dalam masa beberapa hari lagi, iaitu pada 4/12/11. Jahitan luka pada tangan kanannya yang dah dipotong tu pulak akan diperhatikan dulu keadaannya..kalau macam dah kering & ok, maka ianya akan dibuka pada 4/12/11 jugak. Kalau belum lagi, then akan ditangguh lagi seminggu. Selain daripada tu, Harlie kene pakai E-collar, sebab kami takut dia akan jilat jahitan-jahitan dia tu.

Bergantung kepada keadaan Harlie pada 4/12 ni & juga kepada keadaan di rumah saya (saya kene beli satu lagi cage kucing yang besar untuk Harlie), ada kemungkinan saya akan membawa Harlie pulang pada hari tersebut. Saya akan foster dia sementara menunggu adopter yang betul-betul 100% serius & berkebolehan menjaga Harlie. Dia ni dah jadi kucing istimewa, jadi tuannya nanti pun kena lah istimewa jugak. Kepada sesiapa yang berminat & baik hati nak mengadopt Harlie, sila hubungi saya. Perlu diingatkan Harlie wajib jadi kucing 100% indoor selepas ni.

Kos rawatan Harlie juga telah meningkat kepada RM1315. Itu adalah untuk kos rawatan & hospitalization sehingga 4/12 sahaja. Jika Harlie perlu tinggal lagi di HVC, maka kosnya akan bertambah sebanyak RM20/hari. Kini, kami masih kesuntukan RM357 lagi untuk mencukupkan amaun yang diperlukan tersebut. Jadi saya & Harlie amat berbesar hati sekiranya ada lagi penderma yang dapat memberi sumbangan ikhlas mereka. Sila lihat post yang sebelum ni untuk breakdown yang lebih detail tentang kos.

Sekian, terima kasih semua, keep Harlie in your thoughts and keep on praying for her, for a speedy recovery. Wassalam.


******************************************************

Greetings to all you fans of Harlie's :)


Earlier today at around 4.30pm, my wife & I went to visit Harlie again at Honey Vet Clinic. It's been almost 2 full days since we haven't seen her, so understandably we missed her very much & were quite anxious to see her and find out how she's coping after the emergency surgery the other day. We waited for approx 10 minutes while Dr Joe went to fetch Harlie out of the ward & into the consultation room. She had a ride in her cute blue plastic basket, of course. :)


Here she is, the lovely girl:




She has lovely, big, 'doe' eyes, right? Note that the stitches at her wounds are getting drier & a lot less inflamed than before. Seems like it's healing nicely, will need some more time though before the sutures can come out. The sutures for her emergency C-section incision will be taken out this Sunday 4/12, while the sutures at her amputated right hand will have to be monitored further. If they seem to be ok, then they will be taken out too on 4/12. Otherwise, they will remain for another week or so.


Thank God, we were told by Dr Joe & Dr Nurul that Harlie has regained her appetite. She's been eating wet food & kibbles ravenously & eating copious amounts of water, they said. Harlie has also done #1 & #2 on her own as well, so no worries there. Poor girl, she must've been starving! And it seems that she's not dehydrated anymore. Thank God!


We were told by Dr Joe that Harlie turns out to be quite a fierce kitty, so it's hard to give her medication. Perhaps she's fierce because she's traumatized by all the cruel things people have done to her throughout her entire life? That is most probably the case, and the one that I'm betting is true. The day that I rescued her, on 24/11, Harlie actually bit me on my index finger while I was trying to hold her head while the vet gave her some medication. Suddenly I felt a sharp pain as her teeth bit me. It drew blood, so later that night I had to go & get an anti-tetanus shot at the clinic as a precaution. I didn't mind at all, I forgave Harlie straight away, as I know that she must've been scared & in pain then. So I've been privy to the fact that she's a bit on the fierce side.. :) But, what we see as fierceness or ferocity, is actually fear, I think. She's fearful, so she defends herself & reacts the only way she knows how..with a show of anger.


Dr Joe also told us that Harlie seems to be scared of people. We coerced her out of her basket for a bit just now, and she straight away went into hiding in a closet. Well, after all that she's been through, and all that those heartless people have done to her, I must say that I'm not surprised Harlie is a bit scared of us. But I'm confident that with time and with enough love & affection from us & her new owners in future, Harlie will turn out to be a very loving & affectionate kitty, who will trust us humans completely. Just like any other cat. God willing.




Right. After awhile, I asked Dr Joe about Harlie's amputated right hand & her womb that was taken out during the emergency surgery the other day. He went to fetch it for us from the freezer. I must admit, I felt a bit queasy. I've never seen anything like that before. The amputated hand looked like a chicken thigh & drumstick, and to my dismay I quickly lost all of my appetite. The ovary/womb, meanwhile, was still bloody and Harlie's dead kittens were still inside. There were 4 of them. My wife, Erin, just kept her cool throughout and kept on taking photos...but I could barely talk & think. I understand that they wanted to show me the amputated limb & ovary, but I'll be very grateful if I don't see another sight like that in my whole life. Nevermore. Thank you. Poor Harlie, as she too kept on raising her head to have a look at what used to be attached to & inside her body. :( I felt a little bit of my heart shatter into pieces when I saw Harlie doing that.


Then, Dr Joe gave Harlie her meds. There were all sorts, antibiotics...vitamin B complex..painkillers...etc. Harlie took it all down quite easily & without much complaint. After that, I asked Dr Joe to take Harlie out of her basket for awhile, and put her on the floor..as I'd like to see if she has adapted well to her new 3-legged condition, and if she can stand & walk on her own yet. Happy to report that Harlie can now stand & walk quite well! Thank God! No running yet, but I think she can run if she wants to. Just now now, there's her fresh sutures to think of. Here are photos of Harlie standing & walking:






We were also glad to know that Harlie's flu has completely gone away as well. Apart from the operation incisions & sutures, there's not much wrong with her. Just a couple more days of careful observation by the vets is all that's required. Oh, and she has to wear an E-collar from now on, to prevent her from licking at the sutures.


Depending on Harlie's condition & also several other factors (we need to buy another big cat cage for her, as she needs cage rest for the next 2 weeks, which we haven't bought yet), there's a high chance that I will be taking her home this Sunday, 4/12.  In that case, we will be fostering her until we find her a promising adopter who is 100% serious in adopting her & who will be able to meet her special needs. Harlie is now a very special cat with very special requirements, so it's only fitting that hew new owners should be special as well. If there's anyone interested in doing so, please kindly contact me here. I will be glad to arrange a meeting time for us to meet. I'll have to do a thorough screening, though, to judge the adopter's suitability & also her environement's suitability for Harlie. I hope they will understand. It's also important to note that Harlie will need to be kept strictly indoors from now on.


Harlie's medical bills have increased to an estimated final amount of RM1315. That will cover all the procedures, medications, tests, food & hospitalization for her until 4/12/11 only. Afterwards, if she needs to stay on at the vet's, then cost will increase by RM20/night. As of today, we've received a total of RM958 in donations, of which RM475 has been paid to the vet. There's an unused balance of RM483 from the donations, while the amount outstanding at the vet is RM840. Hence, we need another RM357 in donations to cover Harlie's medical bills. I'd be eternally grateful to anyone who would be willing to hand in their donations for Harlie. No amount is too little, every bit goes a long way. For details on how to make donations, please refer to the column to the right of this page. For details on the breakdown of donations received so far & their usage, refer to my previous post.


Okay, that's it for now. Bedtime. Please keep Harlie in your thoughts and do help us if you can. Keep on praying for her please, pray for her speedy recovery. Thanks everyone!


Terima kasih kepada penderma-penderma baru ~ Thanks very much to our new donors!

29/11/11

Alhamdulillah, setakat hari ini (29/11), saya telah menerima sumbangan daripada 3 lagi penderma baru, iaitu:

a) Aziela Eisya
b) Izyan Izzati
c) Suhaimi bin Shafie

Terima kasih yg amat-amat tinggi saya ucapkan kepada mereka, semoga Allah SWT membalas jasa baik mu kelak, insyaAllah.

Jadi, kini jumlah sumbangan yang telah kami terima untuk Harlie adalah:


Jumlah diterima setakat 29/11/11 = RM958

Jumlah yang dibayar kepada vet setakat 29/11/11 = RM55 (antibiotic & spray Spot-On di Everise Vet Clinic) + RM200 (Deposit to Honey Vet Clinic, 24/11/11) + RM220 (2nd payment to Honey Vet Clinic, 29/11) = RM475

Baki sumbangan yang masih belum digunapakai setakat 29/11/11 = RM483

Kos rawatan Harlie kini dianggarkan meningkat kepada RM1315. Ini disebabkan oleh operation kecemasan yang telah dilakukan keatasnya tempoh hari adalah agak mahal, kerana ubat bius digunakan adalah banyak, jangkamasa yang panjang, etc etc. 

Jumlah RM1315 tersebut adalah anggaran kos rawatan Harlie sehingga 4/12/11, termasuk boarding, ubat2 & makanan untuknya. Selepas tarikh tersebut, jika didapati Harlie perlu tinggal lagi di wad Honey Vet Clinic (disebabkan luka & jahitannya belum sembuh, etc), kosnya adalah sebanyak RM20/hari. Harap-harap Harlie cepat sihat & boleh discharged pada tarikh 4/12/11 tu. 

Dan saya harap akan tampil lagi penderma-penderma yang baik hati hendak menderma ikhlas untuk tabung rawatan Harlie, sebab sekarang ni kami masih kesuntukan RM357 lagi. Ameen.

Di bawah ni saya attachkan gambar-gambar quotation rawatan Harlie & resit-resit bayaran yang telah dibuat kepada Dr Joe & Dr Nurul yang sangat2 excellent di Honey Vet Clinic tu:

Ni ialah quotation anggaran kos rawatan Harlie sehingga 4/12/11. Jumlah kesemuanya ialah RM1315. Note kos operation pemotongan tangan kanan Harlie sahaja berharga RM200, manakala kos operation mengeluarkan rahim & anak-anaknya yang telah mati pula RM300.


Ni ialah resit bayaran kos rawatan Harlie setakat ni daripada klinik Honey Vet, iaitu bayaran deposit pertama pada 24/11 berjumlah RM200 diikuti oleh bayaran kedua pada 29/11 berjumlah RM220


Yang ni pula resit daripada klinik vet di Kajang iaitu klinik kedua yang saya bawak Harlie... sebelum saya bawa dia ke Honey Vet Clinic. Kat sini, Harlie telah diberi injection antibiotik & spray Frontline Spot-On anti-kutu, jumlah bayarannya pula RM55.

Lepas ni insyaAllah saya akan tulis satu post baru, tentang keadaan Harlie sewaktu saya & isteri melawat dia petang tadi di Honey Vet Clinic. So stay tuned :)

Tuesday, November 29, 2011

Terima kasih kepada semua penderma ~ Thanks to all donors!

Hari ni, 28/11/11, saya telah menerima beberapa sumbangan derma untuk Harlie daripada beberapa orang insan yang teramat baik hati, iaitu:

a) Liyana bt Ismail 
b) Siti Aisyah bt Samuin 
c) Wong Kam Fook 
d) Izzaidi Fikri Mohd Said 


Tidak lupa juga kepada penderma-penderma yang telah terlebih awal menderma untuk Harlie sebelum ini, iaitu:

a) Anna Che Moin 
b) Muhammad Imran bin Abu Talib 
c) Siti Sujiah 

Ribuan terima kasih saya & Harlie ucapkan kepada mereka-mereka diatas. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa baik anda memberi sumbangan ikhlas kepada Harlie.

Jadi, breakdown of penggunaan derma-derma yang telah diterima adalah seperti berikut:

Total donations received as of 28/11/11 = RM808


Total paid for Harlie's treatment as of 29/11/11 = RM55 (to Dr Wong, Klinik Haiwan Everise, paid on 24/11/11 for antibiotic injection & Frontline spray) + RM200 (Deposit to Honey Vet Clinic) + RM200 (2nd payment to Honey Vet Clinic, akan dibayar pada 29/11/11) = RM455


Balance of donations still in my bank accounts as of 29/11/11 = RM353


Esok insyaAllah my wife & I will go & lawat Harlie. Masa tu juga kami akan membuat bayaran kedua kepada vet Harlie sebanyak RM200. Resit bayaran tersebut berserta dengan resit deposit pertama (RM200) & resit rawatan di Klink Vet Everise (RM55) yang telah saya bayar pada 24/11/11 akan dilampirkan dalam satu post saya esok.

***************************************************************


Today, the 28th of November 2011, I've received more donations for Harlie from these kind-hearted & generous souls:




a) Liyana bt Ismail 
b) Siti Aisyah bt Samuin 
c) Wong Kam Fook 
d) Izzaidi Fikri Mohd Said 


Not forgetting the following awesome people who've made donations earlier as well:




a) Anna Che Moin 
b) Muhammad Imran bin Abu Talib 
c) Siti Sujiah 


To all of you, you have our utmost & absolute gratitude & thanks. Only God can repay your kind deeds for Harlie.


The following is the breakdown of the donation details received so far:




Total donations received as of 28/11/11 = RM808


Total paid for Harlie's treatment as of 29/11/11 = RM55 (to Dr Wong, Klinik Haiwan Everise, paid on 24/11/11 for antibiotic injection & Frontline spray) + RM200 (Deposit to Honey Vet Clinic) + RM200 (2nd payment to Honey Vet Clinic, akan dibayar pada 29/11/11) = RM455


Balance of donations still in my bank accounts as of 29/11/11 = RM353


We'll be visiting Harlie again tomorrow (29/11/11). We'll update her condition here accordingly afterwards. I hope she's fine & recuperating well, and that she has started gaining her appetite back. My wife & I will be making a second payment to the kind vets at Honey Vet Clinic, amounting to RM200, taken from the donations. We'll attach a receipt of that payment, together with the receipt of the deposit of RM200 I paid to HVC and RM55 that I've paid to Dr Wong at the 1st vet we went to on 24/11/11, in a post here tomorrow.


Keep tuning in & keep praying for Harlie. Thanks to all!

English or Bahasa Malaysia?

Salam semua.

Sebenarnya, masa saya nak buat blog ni, saya memang dah dilemma tentang bahasa apa yang akan saya gunakan untuk tulis posts. Saya lebih cenderung menulis dalam English. Satu sebab saya ni kurang pandai skit Bahasa Malaysia, dulu masa SPM pun dapat C3 je dalam BM, haha (mintak maap la kalau ada yang rasa BM saya ni skema sangat, atau macam pelik bunyinya).

Tapi, memandangkan banyak supporter's Harlie datangnye daripada Malaysia, jadi akhirnya saya memilih to write mostly in B. Malaysia. Tapi, since yesterday saya tengok kat Flagcounter blog ni, rupa-rupanya ramai jugak visitors datang dari luar negara. Jadi, saya ambil keputusan untuk buat semua posts selepas ni dalam 2 bahasa, iaitu mula-mula B. Malaysia & kemudian diikuti terjemahan in English. Post-post yang saya dah tulis sebelum ni akan saya buat translation nye dalam English, tp perlahan-lahan la. Lama gak makan masa nak buat translation ni.

Saya kesian kat kawan saya Licia dari Rome, Italy yang terpaksa menggunakan Google Translate (yg pun tak berapa terrer B. Malaysia) untuk baca post-post saya kat sini. Mesti dia pening kepala. Lagipun, apa salahnya, dengan cara ni saya dapat share pengalaman saya dgn Harlie ni dengan hampir seluruh dunia. A wider audience will only be good for Harlie :)

***************************************************************

Hi everyone.


I see that we're getting quite a number of international visitors to this site. Hence, from now on, I will be writing all posts in Bahasa Malaysia (our national language) and then followed by an English translation. All existing posts here will be given an English translation as well, in time that is.


This way, I can share my experience with Harlie with almost the whole world. Can't do no harm. A wider audience will only be good for Harlie :)

Monday, November 28, 2011

Harlie Selepas Emergency Operation



27/11/11

Alhamdulillah, syukur sgt2 Harlie selamat menjalani operation emergency tu malam tadi.. Jam 11am pagi arini tadi, saya dapat SMS daripada Dr Joe HVC yang saya dah boleh visit Harlie arini & yang dia sedang dalam proses recovery. Semalam, saya & isteri tak boleh tido, macam2 pikir & sangatlah risau pasal Harlie the whole night through.

Operation C-section emergency yg dibuat ke atas Harlie tu bertujuan untuk:

1) Mengeluarkan & kalau boleh menyelamatkan anak2 Harlie.
2) At the same time, neuter dia sekali.
3) Amputate lagi tangan kanan dia a bit higher up (mungkin pada paras bahu) supaya lepas ni dia takkan bertongkat lagi menggunakan tangan dia yg dah kudung tu. In the long term, this will be better for her sebab stump tu takkan cedera & luka lagi dah.

Menurut Dr Joe, operation Harlie semalam tu took place for 6 hours from 12am-6am. Kesian mereka, tak dapat tidur langsung semalaman. Saya betul2 hargai pengorbanan & usaha mereka utk selamatkan Harlie. Terima kasih Dr's!

Masa Dr Nurul bawak keluar Harlie dari ward utk jumpa kitorang (di dalam bakul comel Harlie, macam biasa, heheh), isteri saya burst into tears. Saya pun macam terkedu, tak tau nak cakap apa. Isteri saya thought she's already strong enough utk lihat keadaan Harlie sekarang ni (sbb anak bujang kami, Snow, selalu sakit2 teruk i.e severe ringworm, etc masa dia kecik2 dulu, sampai hilang bulu dia semua, kitorg sapu ubat everyday, lama tau nak heal)..tp ternyata tadi memang dia terkejut & tak prepare nak tengok Harlie camtu. 


Tangan Harlie yang berbalut untuk secure tiub IV line yang membekalkan air ke dalam badannya. Harlie dehydrated. 

Kenapa? Ni sebabnya (atau tengok je lah gambar kat atas tu)...a few days ago, saya & vet ada berbincang mengenai takat mana nak amputate (potong) lagi tangan Harlie yang cedera tu, jika perlu. I thought kalau jadi amputate lagi pun, akan dipotong sampai ke aras siku Harlie je, so saya pun dah set my mind masa lawat Harlie tadi untuk melihat tangan kanannya takde sampai ke takat siku. Tapi, rupa-rupanya tangan kanan Harlie dah dipotong habis, sampai ke aras bahu. There is nothing on the front right side of Harlie's body now :( Tapi, saya setuju & redha dengan keputusan vet ni sbb mereka dah ada prior experience dengan Capik, one of their own cats yang juga kehilangan tangan kanannya. Tangan kanan Capik dipotong sehingga ke siku sahaja, tp akibatnya masa nak recover & heal fully tu lama (sehingga 1 bulan), dan wound tu akan sentiasa wet & mungkin dapat infection lagi. Jadi dengan tangan kanan Harlie diamputate sampai ke aras bahu, complications macam infection tu dpt dielakkan..dan wound tu pun akan pulih dengan lebih cepat. InsyaAllah. Anything for dear Harlie, asalkan ia terbaik utk dirinya.

Turns out, babies kandungan Harlie memang betul2 dah takde. Anggaran vet mungkin dah 2-3 hari anak-anaknya tu dah mati dalam perut Harlie. Dr Nurul cakap, the nost probable cause of the babies dying in the womb ialah sebab Harlie mengalami severe infection daripada tangannya yang telah dipotong oleh manusia kejam tu. Kuman infection tu telah travel through her bloodstream to all the other parts of her body, including the womb :( Oleh sebab tulah anak2 Harlie mati dalam kandungan. Masa saya admit Harlie ke HVC pada 24/11/11, Dr Joe cakap dia masih dapat merasa pergerakan anak2 Harlie, tapi tu pun very very faint (slow). Semalam, langsung dah takde movement, tu yg diorang decide utk operate emergency on Harlie. Daripada saiz rahim Harlie yang telah dikeluarkan, kandungan Harlie sejumlah 4 ekor kittens :( Sayang mereka tak dapat melihat dunia.

Alhamdulillah, pada masa yang sama babies & rahim Harlie dikeluarkan, vet juga telah meneuter (spay) Harlie. Jadi lepas ni dia takkan mengandung lagi. Saya rasa ni pun yang terbaik, sbb camne Harlie nak jaga anak2nya & be a mommy sedangkan keadaan nya camni. Masa saya rescue dia hari tu pun, memang saya dah berniat nak neuter Harlie in the near future. Jadi dengan ni hajat saya tu dah tercapai.

Vet juga ada buat blood test on Harlie. Walaupun result nya masih belum diteliti 100%, tp apa yg dapat dirumuskan Harlie ada severe infection sbb her white blood cells banyak sgt2. Selain drpd tu, Harlie juga ada infection kat kidney dia. Glucose in the blood pun rendah. Jadi, malam ni Harlie akan makan bersuap...Dr Joe & Dr Nurul yg akan suap dia.

Selepas tu, kami ada berbincang ringkas dgn Dr Nurul. Beliau memberitahu bahawa from now on, Harlie sekarang perlu menjadi kucing 100% indoor only. Dia tak boleh dibiarkan keluar. Jadi, potential adopter perlu memastikan Harlie 100% indoor cat only & mempunyai persekitaran yang sesuai untuk memastikan dia tak dapat keluar. Kalau potential adopter tu stay di condo/apartment pun, banyak langkah2 safety perlu diambil to make sure Harlie tak jatuh daripada balcony, tingkap, etc...sebab sekarang ni kebolehannya dia melompat & mengimbangi diri sendiri adalah terbatas. Jadi saya & isteri akan screen any potential adopters dgn btol2 kelak to ensure they are the best for special Harlie. Maklumlah, sekarang Harlie ni dah dikategorikan sebagai a 'special needs' cat, atau kucing OKU. Kesian kan....

Tapi tadi saya tengok Capik lari laju sangat2, stabil pulak tu. Mungkin Harlie pun macam tu suatu hari nanti. Mungkin dia akan more or less normal one day, dan dia pun akan berlari selaju atau lebih laju drpd kucing yg berkaki empat. I hope so.

In short, keadaan Harlie untuk arini ialah dia dalam proses recovery drpd operation dia tu. So far dia more or less stabil tp dia masih belum nak makan sendiri. Kencing & berak pun belum lagi arini. So she's not totally out of the woods yet.Maybe dia sedih kot anak2 nye dah takde.. :( Or because she's in pain...

Saya berharap pembaca semua dapat mendoakan Harlie akan pulih 100% dengan cepat, a swift recovery for our special girl ni. Kemungkinan besar dia akan stay lagi di HVC untuk beberapa hari/minggu yang akan datang ni, supaya vet boleh monitor keadaan dia dengan betul. Apa sahaja untuk Harlie.

Nampak gayanye juga kos rawatan Harlie akan meningkat dengan banyak. Estimate kos sebelum emergency operation semalam was RM425 untuk rawatan & boarding Harlie selama 7 hari. Tp sebab dah buat amputation & emergency operation, anggaran saya jumlah kos semuanya nanti akan mungkin hampir mencecah RM1000, atau lebih. Jika ada sesiapa yang bermurah hati untuk memberi sumbangan lagi bagi membantu membiayai rawatan Harlie, ianya adalah amat saya alu-alukan. Sila lihat text tentang cara2 untuk menderma di sebelah kanan page ni (melalui CIMB Bank, Maybank atau PayPal). Segan saya buat camni, last time saya minta derma was masa sekolah rendah dulu...tp, like I said, anything for dear Harlie.

Tak sabar rasanya nak tunggu ari Selasa ni (29/11/11), nak lawat Harlie lagi. Tadi tengok dia sekejap je, rasa macam tak puas. Masa pembantu klinik HVC tu ambik Harlie dari kami & bawak dia masuk balik dalam wad, saya tengok Harlie seolah2 macam dia panik, macam dia cuba nak tengok kami kat mana. Sedih.



Pray for Harlie, please. And pray supaya takde lagi kucing2 lain yg akan alami benda traumatik & seksaan sama seperti Harlie.

Walaupun ianya agak susah & memenatkan, saya & isteri saya amatlah bersyukur kerana kami telah diberi peluang untuk menyelamatkan Harlie. Cuba bayangkan jika Harlie masih lagi seekor stray yg pregnant..dia akan menanggung kesakitan kecederaan tangannya seorang diri. Dan kandungannya yang telah mati akan mereput didalam rahimnya dan bertukar menjadi toksin. She probably would die a very slow, painful & lonely death. 



Sunday, November 27, 2011

The day saya berjaya rescue Harlie

24/11/11

Di bawah ni ialah apa yg saya tulis di FB saya pada hari yang saya telah berjaya menangkap Harlie, iaitu pada 24/11/11. Saya kemudiannya telah membawa dia ke beberapa vet di sekitar Bangi & Kajang, termasuk the regular vet for my 2 cats, Dr Wong. Dia dah jadi vet kami for 4 years now.Tp pada hari tersebut, disebabkan sebab2 tertentu & diatas recommendation rakan2 di FB, saya telah membawa Harlie ke Honey Vet Clinic di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Saya find out Dr Joe & Dr Nurul memang vet yg bagus..dan saya rasa I've made the right decision. Cerita selanjutnya seperti di bawah.

Alhamdulillah, good news everyone! I've managed to catch her earlier this afternoon. She came willingly enough this time, straight into the pet carrier where I also put a bowl of food in. Once I closed the pet carrier door and picked the carrier up to walk to my car, I could feel her moving about. I guess she must've felt awkward about balancing her weight in a moving pet carrier, what with her having only 3 limbs and all. Anyway, proceeded to take some photos of her which I'll post up later. All the way to the vet, she was so quiet, unlike my cats who will get agitated & meow loudly everytime they're in the car. I also think she was amazed and perhaps shocked as well, as I don't think she's ever been in a car before..poor girl. Anyway, in total, me and Harlie (I've decided to name her that for the time being, in view of her looking so much like a harlequin, albeit a sad one) went & visited 3 vet clinics today! I did that because I wanted to get the best treatment and opinion for Harlie. The first vet couldn't hospitalize her for more than 3 days for some weird reason, and they also couldn't do the FIV & FeLV test in-house for Harlie. The 2nd vet, while having very good doctors,had improper boarding facilities and they're also quite expensive. So in the end I decided to settle on the 3rd vet, which had good doctors, proper boarding facilities and decent prices.

The vet said Harlie is likely to be 2-3 years old, and the missing limb could be due to either abuse (some monster cut it off) or an auto accident, after which the limb turned gangrenous and fell off by itself. But the vet also said that since the stump is clean cut, its more likely to be the former, i.e abuse. The vet also said that she's likely to deliver her babies in 2 weeks time or so.

In short, for the time being Harlie will be treated for her wound (daily dressing & wound management) and her flu (she has a runny nose). She was also sprayed with Spot On anti flea medication & given an antibiotic jab. Harlie will have a steady stream of medications (antibiotics, painkillers, antiseptic cream, etc) given to her after this. She also tested negative for feline HIV & FeLV, alhamdulillah. Doctor is recommending her to get some rest & cage time at the vet while her wound is being treated, after that we'll see how it goes. I'd most probably put her & her babies up for adoption, hopefully there'll be someone willing to take her in.

Harlie will be at the vet for the next 1 week, and tentatively it would cost RM425 for her 7 night stay, FIV & FeLV test, medication & daily wound dressing. If anyone would like to contribute to help me foot the vet bill, please PM me, it'd be much appreciated. :)


Ni gambar Harlie masa saya mula2 berjaya memasukkan dia dalam pet carrier. Happy sgt masa dapat rescue & tangkap dia tu :)



Yg ni pulak ialah gambar test kit FIV & FeLV utk Harlie, resultnya negative (-) alhamdulillah.



Ni Harlie masa kene timbang kat Honey Vet Clinic. Berat dia & kandungannya was 4.5kg, berat heheh.



Harlie kena lalui emergency operation


26/11/11

Salam kawan2. Ada berita buruk yg mengejutkan pasal Harlie :(

Tadi dlm jam 8pm, Dr Joe HVC call saya utk bgtahu yg dia rasa kandungan Harlie dah mati sbb takde pergerakan, i.e anak2 dlm perut dia dah takde. Dia pun nampak bawah mata Harlie mcm ada putih2 menandakan dia dehydrated (tak cukup air dlm badan). Jadi, dia & Dr Nurul akan buat emergency C-section (Caesarean) utk:

1) Mengeluarkan & kalau boleh menyelamatkan anak2 Harlie.
2) At the same time, neuter dia sekali.
3) Amputate lagi tangan kanan dia a bit higher up (mungkin pada paras bahu) supaya lepas ni dia takkan bertongkat lagi menggunakan tangan dia yg dah kudung tu. In the long term, this will be better for her sebab stump tu takkan cedera & luka lagi dah.

Dr Joe beritahu saya emergency procedure ni kene buat mlm ni gak, dan kalau tak buat ianya akan membahayakan nyawa Harlie & anak2nye sekali. Operation ni akan ambil masa 3-4 jam dan akan habis jam 11-12 tgh malam jap lagi, insyaAllah. Procedure ni agak berisiko untuk Harlie..so, saya minta tolong semua please doakan yg dia akan selamat & cepat pulih dari operation ni. Please everyone, pray for Harlie :(

Saya sedih sgt sekarang ni, nak makan tadi pun dah takde selera. InsyaAllah jap lagi Dr Joe akan call saya utk update keadaan Harlie, lps tu nanti saya akan update kat sini lagi.

Atas tu gambar Harlie petang tadi masa saya & isteri dtg melawat dia di HVC. Masa tu dia ok je, vet pun tak suspect apa2 yg tak kena dgn dia. Stump dia dah dibalut dgn bandage. Tapi isteri saya kata dia tengok Harlie macam sedih je tadi & seolah2 mata dia mcm nak beritahu something to my wife...

Pray for her everyone...

P.S: Bawah ni screenshot menunjukkan reaction & all the great support yg diberikan oleh rakan2 di KTAJ. Time tu saya stress & anxious sangat2. Terima kasih kepada mereka semua sbb bagi saya moral support sampai kol 2-3 pagi.




Sharing my thoughts with 2 good friends on FB

Ever since I rescued Harlie, I've been trying to figure out what to do that is best for her. I want absolutely nothing less for her, just the best. So, in order to get some ideas, I messaged & shared my thoughts with 2 good friends of my wife & I on FB. One is Kak Siti from Singapore & the other is Kak Licia from Rome, Italy. We've known each other online for a few years now, and both of them are real cat lovers.

Here are screenshots showing excerpts from our conversation:






Usaha penderma membantu Harlie



To date, ada 3 makhluk Allah yang sangat berbaik hati telah memberi derma ikhlas mereka untuk membantu Harlie. Untuk lihat nama-nama insan mulia ni, lihat senarai penderma on the right side of this blog page. Salah seorangnya ialah Cik Anna Che Moin. Saya amat terhutang budi padanya kerana dialah penderma yang PERTAMA menderma untuk Harlie. Anna juga telah meletakkan post ni dia wall FB nya sebagai salah satu cara beliau untuk membantu Harlie.

Terima kasih Anna, Imran & Kak Siti! :) Semoga Allah SWT memberkati anda semua. Harlie di dalam bakulnya pun mengucapkan terima kasih kpd anda semua! :)


No-kill animal shelter di Malaysia...ada ke?

I wrote this question on KTAJ's page on FB untuk bertanya samada ada ke tidak no-kill shelter untuk haiwan di Malaysia ni. Jawapan pendeknya: ada, tp dah overcrowded..so better not send Harlie there. Lagipun, Harlie ni kan kiranya dah jadi 'special-needs' cat, i.e kucing OKU (ada pakcik kat Honey Vet guna term ni bila nampak keadaan Harlie :) )

I thought a no-kill shelter was a viable option for Harlie, tp since dah overcrowded, well tak jadi la nampaknye. Lagipun, bila saya pikir btol2, I think better Harlie di adopt oleh a loving family, yg btol2 boleh jaga dia & meet her special needs.


Update on Harlie, 25/11/11



Terima kasih banyak sangat & penghargaan yg sangat tinggi saya ucapkan kepada Anna Che Moin & saudara Muhammad Imran bin Abu Talib yg telah memberi sumbangan ikhlas mereka utk Harlie. Setakat ni, sumbangan utk Harlie yg telah saya terima ialah sebanyak RM160. Alhamdulillah, alhamdulillah..terima kasih Anna & Imran. InsyaAllah saya akan memanfaatkan wang derma saudara saudari tu sebaik mungkin utk kebaikan & keselesaan Harlie kita yang comel ni. Jika ada sesiapa yg nak menderma lagi utk Harlie, harap dapat message saya di FB ni utk details. Tak mau kene delete lagi.

Update on Harlie's condition utk arini: petang tadi lepas solat Jumaat saya sempat pergi menjenguk Harlie di HVC. Flu dia semakin kurang kata Dr Joe, dan wound & stump nye pun macam dah semakin kering. Cuma sekarang ni risau sikit sbb dia blom lagi kencing & buang air besar since saya rescue dia semlm, iaitu dah lebih 24jam dah. Maybe sbb dia tak selesa & distressed di environment baru. Selain daripada tu, dia ok & stabil. Kemudian saya & Dr Joe berbincang sedikit tentang persoalan 'what next?' utk Harlie. Dr Joe tidak menyarankan saya membawa Harlie pulang ke rumah utk foster dia sampai dapat adopter, sbbnya saya pun dah ada kucing2 lain di rumah & saya tak dapat nak 100% isolate Harlie dari mereka. Sebab Harlie kene 100% isolation is supaya mengelakkan dia terkena jangkitan kuman, ataupun dia mengtransmit kuman dari/kpd kucing2 lain, due to sekarang ni immune system dia lemah kerana mengandung. Jadi buat masa ni, Harlie akan stay lagi di HVC sambil Dr Joe monitor keadaannya & lukanye tu. Esok & hari Ahad insyaAllah saya akan visit Harlie lagi.

Ni gambar2 Harlie arini tadi, masa ni Dr Joe bawak dia keluar dari ward utk saya berjumpa dgn dia: http://i.imgur.com/pX3LL.jpg dan di sini http://i.imgur.com/XABa0.jpg

Sekian, terima kasih byk2 semua.

P.S: Kepada Muhammad Imran bin Abu Talib, sila message saya di FB ni, saya tak sempat lagi nak ucap terima kasih kat awak & I want to do so personally.

P.S II: Di bawah ni saya attachkan a few screenshots of the comments kepada post oleh admin page KTAJ (Kucing Terbiar Anjing Jalanan) di FB untuk mencari urgent adopter untuk Harlie.





First time saya jumpa Harlie



Semalam kali pertama saya jumpa kucing ni di kawasan rumah2 flat di Bandar Baru Bangi. 1st thing yg saya notice pasal dia ni is muka dia comel, spot & marking pada muka dia tu membuatkan dia nampak mcm 'mime' yg sedih. Pastu, saya tengok dia jalan mcm pelik, jadi saya datang lagi dekat dgn dia. Rupa2 nye...kaki dia dah takde satu. Looks like someone chopped off her right front leg. I can't be sure, but that's how it looks like to me. 

Tambahan lagi, dia bunting pulak tu. Perut dia agak besar. Saya tengok the stump tempat dia kudung tu masih belum baik lagi, masih merah & kelihatan raw tissue. 

Saya cepat2 kasi dia makan Whiskas wet food yg ade je saya letak dlm kereta. Kesian, dia mcm lapar sgt. Saya cuba tangkap dia time tu, tp dia lari. Yelah..after what she must have gone through, I'm not surprised she's scared of people. :( Malam semlm dalam kol 10+pm, saya datang balik..tengok she's still there. Bagi dia makan lagi. Slurrpp slurrp slurrp, semua habis. Cuba tangkap dia lagi, dia lari lagi.

Siang tadi saya made the time to see her again. Alhamdulillah, dia masih ada kat sana. Kasi dia makan lagi. Malam td ni pun dia masih ada kat tempat yg sama, the same exact spot. Tak taulah kenapa dia ade kat situ je, sbb dia dah tak larat nak jalan ke atau sbb dia dah nak beranak ke atau sbb dia tunggu saya datang. Ape2 pun, bg dia makan dinner pulak. Tak berjaya lagi tangkap dia.

Esok saya akan cuba tangkap dia btol2, kali ni bawak pet carrier, leash etc. Pastu saya akan bawak dia ke vet utk dapatkan treatment utk tangan dia tu.

Pernah ke sesiapa yg ada pengalaman kes kucing kene potong tangan camni? Kalau pernah, harap dpt kongsi pengalaman tentang apa yg harus dibuat & berapa lama utk sembuh. Selain tu, kalau ada tips pasal tempat/klinik mana yg elok utk hantar kucing kes camni pun will be very appreciated. Saya stay di sekitar Bangi/Kajang. Tak pernah rescue kucing injured teruk camni.

Saya risau sbb dia pregnant. Takut vet tak bole buat procedure sbb dia bunting tu. 

Selain tu, kalau ada sesiapa yg baik hati sanggup foster & rawat kucing ni sampai dia sihat saya amat mengalu-alukannya. Kalau ada yg nak menderma pun boleh, in cash or kind (food, litter, etc)...any amount will be appreciated, boleh bank in atau masuk dlm akaun PayPal. Saya ni post-grad student, nak kata duit banyak tu takdela, so I think I need all the help I can get here. 

I'll keep her status updated here. Wish me luck! Terima kasih in advance :)

P.S: The photo below is a screenshot of the status update I made semasa menunggu Harlie abes makan pada hari pertama saya jumpa dia, time malam. Saya bagi dia makan wet food, abes sepaket. Slurrrp slurrp slurrrpp...kesian dia, lapar btol agaknye.


P.S II: Di bawah ni pulak is another screenshot menunjukkan reaksi orang ramai di page FB KTAJ kepada post saya di atas.