I was doing my research fieldwork around the Bangi area in late November 2011, when I suddenly stumbled into a stray pregnant female cat. I was instantly attracted to her unique appearance, her face looked like a sad mime or harlequin. When i tried to approach her, she scuttled away. I saw something weird about the way she ran away, it was only then I realized that she has 1 missing hand, and the wound was still bloody & raw. Feeling sympathy for this 3-legged cat, I proceeded to feed & check on her for the next 2 days and nights. On the 3rd day, I successfully captured her & immediately brought her to the vet for treatment. This is her story..and mine. A story about Harlie, the 3-legged cat.

Friday, February 3, 2012

Harlie in 2012

Salam semua.

Pertama sekali, saya meminta maaf kerana dah lama saya tak update blog Harlie ni. Saya terlalu sibuk dengan bermacam-macam perkara & hal lain sampai tak sempat langsung nak tulis post baru kat sini. Yang sibuk sangat tu mainly sebab baru-baru ni pada 13hb Januari adik perempuan bongsu saya telahpun mendirikan rumahtangga. Dan almaklumlah, orang Melayu ni bila buat majlis kahwin mana ada satu majlis je. Jadi, untuk adik saya ni ada 3 majlis kesemuanya, iaitu pada 13hb (nikah), 15hb (pihak kami) dan akhir sekali pada 29hb Januari 2012 (pihak lelaki). Setiap majlis tu memerlukan kami pulang ke rumah mak & ayah saya untuk buat bermacam-macam persiapan. Haaa...tapi, walaupun begitu, saya masih ingin meminta maaf sekali lagi sebab dah lama takde update. Ok? Maafkan ye...

Okay, seterusnya jom cerita pasal Harlie...

Harlie sekarang ni masih berada di rumah saya & isteri saya. Maknanye dah hampir 2 bulan Harlie tinggal bersama kami. Sepanjang tempoh tu, bermacam-macam perkara telah saya belajar & tahu mengenai Harlie, hehe. Contohnya:

a) Harlie seekor kucing yang sangat manja rupanya. Jika dulu dia asyik duduk di dalam bakul dia & tak mahu keluar dari cage walau apa-apa pun, kini tidak lagi macam tu. Sekarang, Harlie akan terus meloncat keluar dari cage nya bila saya buka pintu cage dia. Lepastu dia akan datang kat saya sambil menggesel-gesel & menghantukkan kepala & badannya kat saya, hehe. Comel sangat2. Sambil tu, dia akan purring kuat tak ingatnya, bunyi macam enjin motor dah. Dulu masa mula-mula bawak dia balik, memang dia takde purring langsung. Kalau saya berhenti gosok-gosok & garu-garu badan & kepala Harlie, dia akan mengiau seolah-olah macam marah sebab saya berhenti belai dia. Haha, comel kan?

b) Harlie juga seekor kucing 'lap cat'. Dia kini suka sangat-sangat duduk dalam pangkuan saya, lagi-lagi bila saya pakai kain pelikat selepas selesai solat. Mula-mula dulu dia tak reti nak duduk kat riba saya camne, jadi dia setakat akan datang dekat dengan saya je, tapi sekarang ni dia terus melompat atas riba saya, buat macam rumah sendiri :) Pastu dia akan mintak kita gosok-gosok dia lah, apa lagi... :)

c) Harlie juga merupakan seekor kucing yang sangat-sangat lambat 'adapt' atau menyesuaikan diri kepada persekitaran & orang yang baru. Boleh saya katakan kelakuan-kelakuan Harlie yang (a) & (b) kat atas tu semuanya terjadi selepas genap sebulan dia ada bersama kami. Sebelum tu, masa mula-mula dulu, memang dia tak nak langsung dengan kitorang. Asyik-asyik nak duduk dalam cage & bakul dia je, kalau kitabawak dia keluar dari cage pun dia akan terus pergi menyorok. Sekarang tidak lagi. Harlie dah berani pergi meng-explore bilik dia & kawasan-kawasan sekitarnya, hehe. Kelakuan lambat 'adapt' ni pun terserlah pada penerimaan Harlie kepada orang dalam hidupnya. Dulu kan saya ada cakap yang Harlie lebih gemar & cenderung pada kaum wanita berbanding lelaki kan? Well, sekarang Harlie dah boleh terima saya, as seen in behavior (a) & (b) above, dan dia dah boleh bermanja-manja dengan saya. Tapi macam yang saya cakaplah, it takes a long time for her to adapt to new surroundings & new people.

d) Harlie sebenarnya agak garang, haha. Saya dah 2 kali kene gigit teruk dengan Harlie, sampai berdarah agak banyak la jugak. Tapi, kedua-dua kejadian tersebut berlaku masa awal-awal dulu..yang pertama masa hari pertama saya rescue dia (bulan November 2011) dan sekali lagi pada hujung bulan Disember 2011 semasa minggu pertama dia berada di rumah saya. Saya tak pasti kenapa dia garang camni, kemungkinan besar sebab trauma yang pernah dia alami, jadi dia agak defensive & 'fierce' dengan apa-apa sahaja yang dia nampak sebagai 'threats' atau bahaya. Dia menunjukkan sifat garang ni dengan cara 'hissing' dengan kuat & juga menggigit. Tapi, Harlie takdelah garang setiap masa. Most of the time dia ok. Sekarang ni, waktu yang saya paling selalu tengok Harlie garang & marah ialah apabila saya cuba nak angkat dia bangun dari riba saya...kalau salah pegang perut atau badan dia sikit, Harlie terus akan 'hissing' & akan cuba menggigit saya. Cuma saya tak pastilah gigitan dia time tu hanya gigitan sekadar bergurau dan bermain-main ataupun gigitan yang kuat. Tapi, saya harap & percaya yang sifat garang Harlie ni boleh dikikis secara perlahan-lahan. Yelah, mari kita pikir sejenak...Harlie ni dulu kucing stray yang tak bertuan. Sepanjang hidup dia yang rough tu dia jarang ataupun tidak pernah sesama sekali disentuh atau dibelai oleh manusia secara kerap & penuh kasih sayang. Oleh itu, mungkin Harlie tak tahu apa sebenarnya yang saya cuba lakukan, dan dia jugak mungkin tak tahu nak react camne sepatutnya kepada sentuhan & belaian saya ni. Sekarang saya cuba untuk sedikit sebanyak mengajar Harlie yang bukan semua orang merupakan 'threat', dan saya cuba biasakan dia dengan sentuhan & pelukan manusia. Harap2 lama kelamaan dia ok lah. InsyaAllah berjaya, Please doakan saya tak kene gigit lagi ok? :)

e) Harlie tak ngam dengan kucing-kucing saya yang lain iaitu Snow (jantan) dan Mimi (betina). Terutama sekali dengan Mimi memang dia tak ngam langsung. Asal bersemuka je Harlie akan terus 'hissing' dan mengiau garang. Mimi pun samalah, tak ngam dengan Harlie jugak. Diorang ni taknak berkongsi tuan agaknye, haha. Buat masa ni, saya masih buntu & tak tahu camne nak selesaikan masalah ni. For the time being, saya masih asingkan Harlie dari Snow & Mimi.

Selain daripada tu, Harlie nampak gayanya semakin sihat & lincah. Eczema kat perut dia langsung dah takde. Bulu kat badan Harlie yang dulu dicukur masa operation amputation tangan Harlie pun sekarang dah semakin tumbuh balik. Tak lama lagi cantik baliklah bulu Harlie :) Selera makan & minum Harlie pun normal. I think generally, Harlie has made a full recovery. Syukur alhamdulillah.

Satu perkara yang masih belum saya fikir & decide lagi sehingga kini sebab sibuk & kekangan masa: persoalan samada saya akan put Harlie up for adoption atau tidak. To date, dah ada 2 orang yang menyatakan hasrat untuk mengadopt Harlie, tapi malang sekali saya terpaksa menolak mereka kerana saya rasakan kedua-duanya tidak sesuai untuk membela Harlie. No offence ye. Maklumlah, Harlie ni kan kucing special, orang yang nak membela dia seumur hidup pun kenelah special jugak. Bukan tu je, living conditions & environment the prospective adopter pun mestilah special jugak. Ini untuk memastikan keselamatan & kebajikan Harlie terjaga, e.g Harlie hanya boleh tinggal indoors je & dah tak boleh keluar rumah langsung. 

Off the top of my head, apa yang boleh saya fikirkan kriteria-kriteria yang wajib ada pada prospective adopter Harlie ialah:

a) Kalau boleh seorang wanita, umur tak kisahla.
b) Ideally tak mempunyai kucing-kucing lain, sebab Harlie susah nak get along dengan kucing lain.
c) Tapi at the same time, prospective adopter ni juga hendaklah tahu selok belok membela kucing & haruslah mempunyai pengalaman menjaga kucing.
d) Secara idealnya duduk di rumah berjenis condominium, apartment atau flat. Ini kerana Harlie sekarang dah tak boleh keluar rumah langsung & wajib jadi indoor cat 100%.. Jika prospective adopter duduk di rumah jenis landed seperti rumah teres atau bungalow, beliau haruslah memastikan Harlie tidak akan terlepas ke luar rumah langsung. Untuk kedua-dua jenis rumah, samada landed atau apartment/flat/condo, wajiblah juga ada ciri-ciri keselamatan tertentu seperti netting di tingkap-tingkap rumah. Ni sebab keupayaan Harlie untuk melompat & mengimbangkan badannya dah terbatas dengan keadaaan dia yang hanya berkaki tiga.
e) Prospective adopter juga hendaklah mempunyai access kepada klinik vet yang berdekatan. Ini kerana Harlie mungkin memerlukan medical attention dari masa ke semasa, mungkin lah tapi tak pasti. InsyaAllah dia sihat sampai bila-bila tapi jika perlu, it's good to know the adopter boleh bawa Harlie ke klinik vet secepat mungkin.

Ade lagi rasanya kriteria-kriteria yang saya rasa perlu untuk prospective adopter Harlie, tapi memandangkan hari dah lambat ni, saya minta diri untuk tidur dululah. Nanti kalau ada terpikir atau teringat lagi, saya akan tulis lagi. 

Rasa-rasanya susah tak nak cari adopter yang memenuhi kesemua kriteria-kriteria kat atas tu, tuan-tuan & puan-puan? Hmmm, ntahla kan. Kalau susah sangat, biarlah saya je yang jaga Harlie. Tengoklah camne keadaan nanti. Buat masa ni, kalau ada sesiapa yang berminat untuk adopt Harlie, silalah hubungi saya di sini. FYI, saya akan put every prospective adopter through a strict screening process, untuk memastikan Harlie mendapat adopter & rumah baru yang terbaik untuk dirinya.

Oklah, nak tengok gambar-gambar Harlie yang latest? Mestilah nak kan...ok, ada kat bawah ni. Tengoklah betapa manjanye Harlie bila nak dibelai :)











Selamat malam semua, daripada Harlie & saya. Terima kasih! Wassalam.





2 comments:

  1. Dani,,saya berharap sangat agar Dani yang dapat membela Harlie seumur hidup dia...kesian dia nnti terpaksa menyesuaikan diri dengan tuan baru ..tuan baru pulak mungkin tak boleh sayang Harlie macamana dani sayang dia..maklumlah Dani yang selamatkan dia, tentu kisah suka duka bersama Harlie menguatkan ikatan Dani dan Harlie..InsyaAllah dia akan terus mendoakan kesejahteraan hidup Dani..

    ReplyDelete
  2. i really hope u dapat jaga dia. i dulu ada pelihara kucing.nama nya bersih dan mok. yang mok tu ok.. dia boleh manja dengan semua orang. tapi sih pulak macam harlie.. susah nak sesuaikan diri. warna nya pun sama macam harli putih tompok hitam. mak i kata masa mula mula i hantar ke kampung, dia sedih sangat ... mak i kata dia sakit sampai meleleh air liur, maka i sampai tak sampai hati tengok.. sellaunya kucing macam ni, dia sangat ayang dengan tuan dia dan setia.

    ReplyDelete